'Afidavit' mahkamah tu apa?

EN MS
Kenyataan bertulis, secara bersumpah.

Kenapa perlu? Sebab:

1. Cerita orang awam biasanya kucar-kacir. (Ada juga yang sembang petir, tin kosong.)

2. Hakim tak ada masa nak dengar semua cerita lisan. Ada beribu kes tertangguh.

3. Orang yang menipu/bagi maklumat salah atas sumpah boleh didakwa jenayah, atau dihukum menghina mahkamah.

Maka biasanya peguam mahkamah akan tolong review afidavit, supaya dalamnya ditulis secara teratur: apa fakta, bila, dokumen apa, dll.