"Meterai mahkamah" tu apa sebenarnya?

EN MS
Ramai orang nampak cop/logo mahkamah atas dokumen, terus rasa:

"Confirm kes ni betul."
"Confirm orang tu bersalah."
"Confirm pihak sana dah menang."

Tak semestinya.

Secara mudah, meterai mahkamah ialah tanda rasmi pada sesuatu dokumen mahkamah. Ia menunjukkan dokumen itu telah dikeluarkan/difailkan melalui proses mahkamah, bergantung pada jenis dokumen tersebut.

Tapi meterai mahkamah bukan bermaksud semua kandungan dalam dokumen itu sudah dibuktikan benar.

Contohnya, writ/saman yang ada meterai hanya menunjukkan tindakan mahkamah telah dimulakan secara rasmi. Dakwaan dalam saman itu masih perlu dijawab/dibuktikan.

Bezakan:

- Dokumen sudah dimeterai
- Mahkamah sudah buat keputusan
- Pihak tertentu sudah menang

Tiga perkara ini bukan benda yang sama.

Sebab itu bila nampak dokumen mahkamah viral, jangan tengok cop sahaja. Tengok juga tajuk dokumen, siapa yang failkan, apa perintah yang dibuat, dan sama ada kes itu sudah diputuskan atau belum.

Dalam litigasi, rupa dokumen boleh nampak sangat "final".

Tapi dari sudut undang-undang, prosesnya mungkin baru sahaja bermula.