Sejak bila peguam boleh *jamin* kamu menang?

EN MS
Di sisi etika, peguam paling jauh pun hanya boleh bagi nasihat dan outcome assessment. Itu pun secara berlapik. Contohnya:

- "Fakta-fakta/dokumen ada kes"
- "Mungkin kalah/menang"
- "50/50", "bukti nampak kuat", dll.

Lagi-lagi bila baru jumpa/dilantik, kita tak tahu strategi pihak lawan, siapa saksi, cara hakim menilai, dll. Peguam yang beretika takkan pernah jamin kamu menang.

Jadi kalau dijanji menang, sila tanya kenapa. Tolong berjaga-jaga.