Tahu tak? Ramai hakim bukan-Melayu kita petah bahasa Melayu, dan peka hal-hal Islam (kadang-kadang terlebih peka).

EN MS
Tahu tak? Ramai hakim bukan-Melayu kita sebenarnya petah bahasa Melayu, dan peka hal-hal Islam. (Terlebih peka pun ada.)

Sempena Ramadhan, cerita baik-baik about hakim Malaysia kita. Antara sedikit pengalaman saya:

1. Hakim wanita Cina. Rayuan di mahkamah terbuka, hari Jumaat.

Kes berat. Saya dan pihak lawan berhujah, sampai terlupa masa.

Masuk pukul 1 petang. Hakim hampir jerit, halau kami dan orderly semua: "...Apa hal semua lambat pergi solat Jumaat?!" (100% salah kami.)

-- (sambung) --



2. Hakim lelaki Cina. Di dalam kamar, sebelum pengurusan kes.

Hakim baru pergi church, katanya belajar 'the miracles of Jesus'. Tiba-tiba terdetik hati si hakim ni, meminta kami peguam berkongsi ilmu berkenaan "mukjizat nabi-nabi Islam". Maka tergamamlah kami sekejap.

3. Hakim lelaki Cina. Kes bicara, stage pemeriksaan-balas.

Saya tersalah guna peribahasa Melayu. Beliau potong, tegur. Siap cadangkan perumpamaan Melayu tepat, tatabahasa lagi cantik. (Pernah tak rasa kagum + serba-salah?)


4. Hakim lelaki India. Rayuan di mahkamah terbuka, saya pemerhati.

Ada peguam Melayu ni tengah berdolak-dalih dalam bahasa Inggeris, langsung tak menjawab soalan, asyik nak berbalik kepada English law and legal history (meskipun tak ada kaitan langsung).

Hakim jadi panas. Dalam bahasa Melayu penuh, hakim hujah balik sejarah legal history Malaya, lagi detailed. Peguam pula disuruh hujah/verify setiap satu otoriti yang digunakan dalam BM.

Agak lain macam sunyi mahkamah lepas tu.



5. Hakim wanita Cina. Di dalam kamar, pengurusan kes.

Bicara dijadualkan lama, tapi tersilap jatuh dalam bulan Ramadhan.

...Kelakarnya, hakim lagi risau daripada kami.

Asyik tanya kami cukup tenaga buat bicara atau tidak, nak adjust jadual supaya kami sempat buka puasa kalau bicara sampai lewat petang (sebab kes urgent dan jurubahasanya bukan-Melayu), dll.


So Malaysia ni agak best. Kita dapat anggota hakim yang peka realiti masyarakat.

To be fair, tak semua hakim bukan-Islam berpengetahuan penuh pasal hal-hal Islam (atau biasa isu konflik undang-undang akibat beza bidangkuasa Artikel 121 (1A), Perlembagaan Persekutuan). Yang tu kita admit. Tapi majoriti memang cuba buat yang terbaik.

Orang awam biasanya tak nampak kerja hakim sangat dalam dunia guaman, so saya rasa elok di-highlight.

Peguam lain ada cerita sendiri tak? (Feel free to join in).