Ayat peguam: "...I am instructed". Pernah tak dengar ayat pelik ni?

EN MS
1. Frasa "receive instructions" ("terima arahan") ni tradisi lama dari UK.

2. Maksud 'arahan' ni berat. Ia mengesahkan:

- Hubungan peguam-klien ('solicitor-client relationship').
- Isu professional duty, liability, confidentiality/privilege, dll.

3. 'Arahan' pun ada pelbagai bentuk - lisan, bertulis, perlakuan, dll.

Menariknya, ramai salah faham: 'arahan' bukan hak klien.

'Arahan' ni hak peguam (untuk terima atau tidak).


---

Kenapa lawyer selalu jawab reporter: "...Saya tiada arahan"?

Sebab lawyer yang belum ada arahan dari klien:

- Tak ada kuasa untuk bertindak.
- Tak boleh file apa-apa di mahkamah bagi pihak klien.

(Kecuali dibenarkan oleh undang-undang, of course.)

Maka peguam biasanya sangat careful bila bercakap bab arahan ni.

Kalau ada peluang, cuba tengok surat/emel-emel dari peguam. Mesti penuh dengan perkataan 'arahan'/'instructions'.

Ini memang standard professional boundary.